Saturday, September 09, 2006

MENGENALI SKIM SCAM PUTAR ALAM

Semakin banyak penipuan sama ada secara Internet ataupun perniagaan. Oleh itu, seandainya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ISYARAT AMARAN patut berbunyi dalam diri anda supaya sentiasa berhati-hati.

Untuk mengelakkan diri anda dari tertipu, maka perlu banyak bertanya- sentias punyai perasaan curiga berkaitan hal ini.

- Adakah individu atau syarikat yang menawarkan skim itu mempunyai kredibiliti dan reputasi? Ataupun berselindung disebalik laman web tanpa sesiapa ketahui sama ada dirinya wujud ataupun tidak.

- Adakah bunyinya terlalu senang untuk membuat wang? Mahu jadi kaya bukan mudah. Akan tetapi, sering kali bila terdapat peluang-peluang mengatakan seseorang boleh menjadi kaya dengan pantas dan kerja senang- mudah sahaja terjerat.

- Apakah bukti-buktinya? Dengan teknologi, ianya menjadi amat sukar. Income statement, gambar penyata bank, cek yang di scan, screenshot pendapatan online, kesemuanya boleh direka. Dengan kebolehan grafik yang minima, seseorang itu boleh memanipulasikan photo atau screenshot untuk menunjukkan pendapatan yang tinggi. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati.
Sekiranya timbul rasa ragu-ragu ketika anda menyelidik mencari jawapan- berhati-hati, ianya mungkin scam.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari link-link berikut:
Cara Mengenal Skim Penipuan!
Jika anda nampak “T.I.P.U.”, “C.E.L.I.K.”lah
Lazy People Don’t Get Rich

No comments: