Sunday, August 12, 2007

A Chartist Wanabe

Dear friends,

Seringkali kita terbaca ramai berkata bahawa teknikal analisis adalah satu seni, terlalu subjektif dan evolusi dalam kemunculan teknik-teknik baru amat pantas sekali.

Kebetulan semalam saya menghadiri satu sessi kelas pencartaan teknikal sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan MSTA pada April 2008, namun apa yang saya dapat daripada kelas tersebut amat mengelirukan dan mengecewakan. Tak berbaloi sekiranya kita terpaksa membayar mahal untuk hal-hal sebegitu.

Oleh itu, ingin saya menasihatkan rakan-rakan peminat teknikal supaya menyiasat dahulu latar belakang seseorang speaker sebelum membuat keputusan untuk menghadiri seminar atau kelas teknikal walaupun bunyi tajuknya seumpama anda pasti kaya selepas mendengar ceramahnya.

Pertamanya, terlalu banyak so called new breed of `technical expert' atau `wanabe expert' ketika ini terlalu cetek pengalamannya dan hanya cari makan dengan mengadakan seminar tetapi pengetahuan mereka amatlah terhad.

Amat mengecewakan apabila mereka ini hanya berbekalkan teori semata-mata tanpa `hand-on experienced' mengenai tajuk yang cuba mereka huraikan, malah hanya tahu menggunakan satu software yang sudah ketinggalan zaman.

Bagi saya untuk menjadi `technician' , anda khususnya penceramah harus tidak hanya tahu tapi perlu menjadi pakar dalam sekurang-kurangnya tiga perisian teknikal terkini eg. Metastock, Advance Get, Omnitrader dan lain-lain.

Ini adalah kerana ada di kalangan mereka yang hadir di seminar anda sebenarnya berpengalaman tentang analisis teknikal dan perisian-perisian tersebut, dan jelas ia merosakkan reputasi si penceramah.

Si penceramah pula jangan terlalu angkuh sehingga segala pendapat dan buah fikiran hadirin tidak dipedulikan kerana teknikal analisis adalah benda yang subjektif. Dalam pasaran modal khususnya pasaran saham, kita semua adalah `anak murid pasaran', tiada siapa berhak untuk bergelar guru.

Sebagai ahli teknikal pasaran, kita tidak boleh menjadi pakar dalam semua bidang kajian, dan kita perlu harus mengakui hal tersebut. Jangan sampai anda memperbodohkan diri anda di hadapan hadirin.

Misalnya, saya sendiri hanya berminat dalam kerja-kerja WD Gann dan Fibonacci berserta oscillator moden seperti ADX dan Trix. Dalam hal seperti `classical patterns' dan lain-lain kaedah, pengetahuan saya amat terhad.

Sekiranya, si peceramah terlalu `perasan' yang dia terlalu pakar dalam semua hal dan menyangkal semua pendapat dan maklumbalas hadirin tanpa ulasan munasabah, jelas ia tidak merugikan orang lain tetapi dirinya sendiri.

Saya pernah menghadiri seminar-seminar antarabangsa oleh DiNapolli, Linda Raschke, Barry Rudd dan lain-lain, ternyata mereka ini amat jauh lebih profesional dalam mengendalikan ceramah. Di dalam negara pula individu-individu seperti Fred Tham dan SN Lock (bukan nak promote) memang pakar dalam mengendalikannya.

Bagi si penceramah, jika sebelum ini anda tidak pernah menerima maklumbalas atau mendengar rungutan daripada hadirin mengenai prestasi anda. Berhati-hatilah kemunculan pengkritik dan `wartawan cabuk' seperti saya dalam sesi ceramah anda.

No comments: