Wednesday, November 08, 2006

KLCI testing 1,005 pts

Yeeehaa!! as predicted earlier (refer to posting on Oct 29)the CI currently testing resistance 1,002-1,005. If this resistance level broken, the new target is 1,025.


THE KLCI
Testing resistance 1,002-1,005.


For 7/11/2006 the index close at 1,003.28.
Overall, the bias is: Upwards.
Short term: Moving.
Intermediate term: Trending.
The projected upper bound is: 1,015.51.
The projected lower bound is: 993.25.


.. THE HORROR TOMYAM SHOPPING LIST
(Click on the image to enlarge)

2 comments:

zentrader said...

Very Good. :)

Anonymous said...

UTUSAN MALAYSIA REPORT TODAY: 8/11/2006

Bursa Malaysia diramal kekal atas 1,000 mata

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Bursa saham tempatan diramal mengekalkan aliran menaiknya selepas ditutup melepasi paras psikologi 1,000 mata hari ini, kata para penganalisis.

Indeks Komposit (IK) hari ini ditutup pada 1,003.56 mata, naik 10.26 mata.

Naib Presiden Kanan TA Securities Holdings Bhd.(Urusniaga Institusi), A‘Reeff A. Khalid berkata, IK kini akan diuji pada paras 1,021 mata yang dicatatkan pada bulan Februari 2000.

Menurut A’Reeff, pasaran tempatan yang diabai sebelum ini berbanding bursa serantau sebelum ini dilihat berada pada keadaan kukuh ekoran sokongan peningkatan harga minyak sawit pada paras RM1,700 setan.

‘‘Ia kerana hanya di Malaysia sahaja pelabur boleh mendapatkan saham berkaitan perladangan minyak sawit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, kekukuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta pengekalan kadar faedah di negara kuasa ekonomi itu turut memberi keyakinan kepada ekonomi global.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Urusniaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli berkata, belian berterusan terhadap saham mewah telah mengukuhkan kedudukan indeks komposit terutamanya dengan kedapatan banyak berita positif.

Nazarry berkata, harga minyak yang jatuh di paras bawah AS$59 semalam juga dilihat telah mengurangkan tekanan inflasi, sekali gus melonjakkan pasaran.

Katanya, kenyataan belian beberapa broker asing terhadap kaunter MMC Corp dan MAS meningkatkan harga-harga saham berkenaan dan mempengaruhi pergerakan indeks komposit.

Berita DRB-Hicom telah disenarai pendek untuk projek keretapi di Arab Saudi yang bernilai AS$9 bilion juga menarik minat pasaran.

Perkembangan pasaran digalakkan lagi oleh perangkaan lebihan dagangan negara yang terus pesat.

Remisier Inter Pacific Securities Sdn. Bhd., Kamarul Zaidi Khamis berkata, IK mampu pergi lebih tinggi jika ia berjaya mengatasi paras halangan 1,005 mata.

“Pada hari ini IK masih tidak melepasi paras rintangan ini dan sekiranya ia berlaku kami menjangka lonjakan drastik dan IK boleh mencecah hingga 1020 mata,” katanya.
---------------------------------

Komen Remisier dari Interpac tu serupa dengan komen Tauke ler. Ha ha ha. Now we know who u are? muaaha ha ha ha ha.