Wednesday, September 06, 2006

SKIM SWISS CASH MERAGUKAN!!!!!

Sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, sebahagian anda tentunya pernah dengar atau pernah diajak melabur dalam satu skim yang dinamakan `Swiss Cash.’ Anda tentunya tertarik kerana pulangannya mencecah 300% selepas 15 bulan dengan pelaburan minimum hanya US$1,000.

Namun saya ingin menasihatkan anda agar berhati-hati kerana Swiss Cash merupakan organisasi meragukan atau satu skim SCAM.

Sebagai makluman, sesuatu skim cepat kaya atau pyramid mempunyai jangka hayat di antara 3 hingga 4 tahun sahaja.

Maklumat mengenai cara pelaburannya terdapat di laman web berikut:
Laman web pusat Swiss Cash: http://www.swisscash.biz/web/asc_company.aspx
Laman web cawangan Malaysia: http://www.sc.intrena.com/default.asp dan http://www.baguznet.com/sc.php

Setelah meneliti pelbagai perkara daripada pelbagai pihak termasuk teman-teman yang pakar dalam Infromation Technology, kesimpulannya Swiss Cash adalah meragukan kerana:
1. Petikan Berita Harian 6 Sept 2006 -“Swiss Cash tiada lessen” - SWISS Mutual Fund, firma yang mempromosikan dana Swiss Cash, tidak dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima sebarang deposit. Firma itu juga tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menjalankan aktiviti dan perkhidmatan pengurusan aset di Malaysia. Kenyataan itu menjelaskan, dana Swiss Cash adalah program pelaburan menerusi internet yang dipromosikan Swiss Mutual Fund, firma pengurusan dana yang mendakwa didaftarkan di luar negara. Peluang melabur dalam dana itu ditawarkan menerusi internet dan juga ejen tempatan, katanya. Bank Negara dan SC menasihatkan orang awam supaya hanya melabur menerusi pihak yang mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa. "Jika ada keraguan, orang awam seharusnya menyemak dengan Bank Negara, SC atau pihak berkuasa berkaitan mengenai status lesen sesebuah firma tempatan atau asing sebelum melabur," katanya. Kenyataan itu berkata, orang awam boleh mengemukakan pertanyaan dengan menghubungi Jabatan Aduan SC di nombor 03-62048999 atau Bank Negara (03-26910824/26926482/26982810/26942143).
2. Kenyataan rasmi daripada Kedutaan Switzerland di Kuala Lumpur.
It has come to the attention of the Embassy, that there is a very aggressive selling taking place in Malaysia to promote an investment fund scheme called
Swiss Cash or
Swiss Mutual Fund 1948
Every serious Internet User is aware of the fact, that anything can be said, promised and advertised on the Internet completely uncontrolled. There is a tremendous amount of good and useful information, but unfortunately the Internet is also a breeding place of a lot of misleading sometimes even fraudulent information.
It is therefore always wise to do some research.
The Swiss Mutual Fund (1948) and or Swiss Cash are not registered companies in Switzerland. Until proof of the contrary, the Embassy doubts that the remarks about these funds and their historic links to Switzerland as outlined on their original website are genuine.
The original website is indeed registered in the USA and the contact telephone number is from New Jersey (USA).
It is obvious that this company uses the denomination ¡°Swiss¡± in an illegal and fraudulent way to attract customers.Moreover, the promotion of the fund seems to work via agents on a MLM system which appears to be close to a Pyramid scheme.
Pyramid schemes are illegal in Switzerland.The Embassy does therefore not recommend these funds as an investment opportunity.
3. Laman web Swiss Cash didaftarkan di Republik Dominicia.
Persoalannya, kenapa perlu daftar di Dominicia?
Ofis atau alamat fizikal:
280 Madison Avenue, 912 - 9th Floor,New York. NY10016, U.S.A
P. O. Box 2342. Roseau,The Commonwealth of Dominica
Untuk pengetahuan anda, untuk alamat seperti:
Madison Avenue9th FloorNew YorkNY merupakan satu khidmat "virtual office" seperti sesiapa sahaja boleh sewa alamat menyurat di Texas.
Berikut adalah website company yg menyediakan khidmat tersebut:
Penggunaan "PO Box" pula secara terang-terangan bukan alamat fizikal ofis.
4. Menurut maklumat daripada seorang rakan yang juga pakar IT:
Pernyataan "Copyright 2003-2005©SWISS MUTUAL FUND 1948. All Rights Reserved. Read Privacy Policy" - menunjukkan web site tersebut telah wujud since 2003 (bukan company).
Jika dibuat Whois check:
[whois.biz]Domain Name: SWISSCASH.BIZ
Domain ID: D10113014-BIZ
Sponsoring Registrar: REGISTERFLY.COM, INC.
Sponsoring Registrar IANA ID: 821
Domain Status: ok
Registrant ID: DI_2397620
Registrant Name: ProtectFly.com
Registrant Organization: RegisterFly.com - Ref# 19673298
Registrant Address1: P.O. Box 969
Registrant City: Margaretville
Registrant State/Province: NY
Registrant Postal Code: 12455
Registrant Country: United States
Registrant Country Code: US
Registrant Phone Number: +1.8458183604
Registrant Facsimile Number: +1.8456984014
Name Server: DNS1.REGISTERFLY.COM
Name Server: DNS2.REGISTERFLY.COM
Created by Registrar: ENOM, INC.
Last Updated by Registrar: REGISTERFLY.COM, INC.
Last Transferred Date: Tue Feb 07 16:02:18 GMT 2006
Domain Registration Date: Thu Jun 16 11:40:59 GMT 2005
Domain Expiration Date: Tue Jun 15 23:59:59 GMT 2010
Domain Last Updated Date: Wed May 24 04:19:38 GMT 2006
Nampaknya domain tersebut didaftar tahun 2005, tapi website dah wujud sejak 2003?
5) Rule of Thumb - Mana dia prospectus/Annual Report
Senang cerita, jika sesuatu biz itu terlalu berselindung dengan maklumat peribadi dan ativiti niaga yang dilakukan, maka lari jauh2. Kenapa perlu berselindung? Sebab ada udang disebalik batu.Semua legitimate biz kat dunia ni akan bagi kesemua detail info berkenaan biz mereka. Jika program pelaburan, mereka wajib memberikan prospektus ke mana dan bagaimana duit kita diuruskan. Itu hak pelabur seperti kita.

No comments: